Tuesday 25 December 2012

KELAS DURIAN CREPE 30HB DESEMBER 2012

Assalamualaikum,

Alhamdulillah kelas durian crepe pada 16hb Desember yang lepas mendapat sambutan. Sembilan orang telah pun menghadiri kelas ini. Mereka ialah Masniza, Mimi, Ila, Ita, Kak Nor 'Ain, Norbaini, Intan , Hasmiza dan Norliza. Mereka bukan sahaja ditunjuk ajar macamana hendak membuat crepe dan membungkus crepe malah diberi peluang mendadar crepe dan juga membungkus sendiri crepe untuk dibawa balik. Actually kelas ini bukanlah kelas demo tetapi semi hands on. Dalam kekalutan menunjuk ajar saya terlupa langsung nak ambik gambar kelas walau pun sekeping. Bila mereka dah balik baru saya terigat . Rasa ralat sungguh.

Atas permintaan saya membuat kelas durian crepe sekali lagi. Butirannya seperti di bawah.

Kelas : DURIAN CREPE
Tarikh : 30hb Disember 2012 (Ahad)
Masa : 10.00 pagi hingga 1.00 tengahari
Yuran : RM 70.00 seorang
Tempat: 14, Jalan 5C/9, Seksyen 5, Bandar Baru Bangi

Tidak perlu membawa apa-apa semasa menghadiri kelas.
Jamuan ringan disediakan.
Saya memberi peluang kepada para peserta untuk membuat crepe dan membungkus crepe dengan cara yang betul supaya crepe nampak kemas dan gebu.

Tempat terhad! Sila tempah kelas dengan segera untuk mengelakkan anda kecewa.
Untuk memastikan tempat anda memang ada, sila buat pembayaran deposit sebanyak RM 40 ke akaun maybank : 112026647589 atas nama Nor Hayati Ibrahim. Selepas bank in sila sms saya . No hp saya ialah 0122733214.

No comments:

Post a Comment