Showing posts with label Cream Puff. Show all posts
Showing posts with label Cream Puff. Show all posts

Monday, 4 June 2012

ANEKA TEMPAHAN

Assalamualaikum,

Alhamdulillah dengan rezeki yang Allah kurniakan. Minggu lepas nak terlepek saya dengan tempahan yang tak menang tangan dibuatnya. Ada tempahan yang terpaksa saya tolak kerana tempahan untuk hari tersebuat telah terlalu padat.Saya minta maaf banyak2 pada tempahan yang tak dapat saya tunaikan


Izan dari Shah Alam tempah empat loyang kek buah bakar
Dua biji blueberry marble cheese brownies ini tempahan dari Izan juga.

Dua kotak cream puff tempahan dari Ida

Baked Oreo Cheesecake ini juga tempahan dari Ida

Dua kotak cream puff ini tempahan oleh Aini Seksyen 3,  BBB

Cup cake coklat tempahan Ela dari Beranang

Cup cake oren ini juga tempahan dari Ella. Jumlah dua jenis cup cake yang ditempah Ela ialah 150 pcs. Tak sempat ambik gambar final packing sebab Ela dah datang nak ambik tempahannya sedangkan packing tak siap lagi. Kelam kabut punya pasal sampai tak sempat ambik gambar.

Cheesetart ini juga ditempah oleh Ela untuk hantaran pertunangan

Ela tempahkan untuk pihak lelaki dan perempuan.

Baked oreo cheesecake untuk hantaran pertunangan Ela.

Kek buah kukus tempahan Hafizah

Baked Oreo Cheesecake tempahan tempahan Kak Zaiton

Tiga kotak cream puff tempahan ustazah Raudah.



Wednesday, 30 May 2012

ANEKA TEMPAHAN

Assalamualaikum teman-teman semua,

Cuti sekolah telah pun bermula. Tentu rakan-rakan bakers semua busy menyiapkan tempahan. Alhamdulillah saya juga ada kalanya tak menang tangan untuk siapkan tempahan. Jom lihat gambar tempahan!

Carrot Walnut Cake tempahan Dr. Suzana

Baked Oreo Cheesecake dikelilingi oleh cheese tart tempahan oleh Norlida

Choc Moist cup cake size L + fondant + bunga gumpaste dengan warna tema pilihan Miza.

Cup cake dalam window box

Tiga kotak cream puffs tempahan kak Zaiton

Red Velvet ini juga tempahan Kak Zaiton

Dua kotak cream puffs tempahan Lily

Cheese tart tempahan dari kawan Lily

Cream puff permintaan suami saya untuk officenya.

Carrot walnut cake tempahan suraya. Dah terbiasa sejukkan atas cooling rack terlupa yang suraya tak mahu topping dengan cheese. Jadi berbekaslah permukaan kek itu.

100 pcs choc moist cup cake tempahan shikin

Chocolate oreo tempahan Siti
Siti tempah lollichoc dan chocolate oreo
Gambar lollichoc dari dekat
Russian Black n White tempahan Nurul Bangi Idaman. Esoknya dapat sms dari Nurul, " kek tu memang bestlah kak"

Friday, 18 May 2012

ANEKA TEMPAHAN

Assalamualaikum semua, Jom layan gambar tempahan

Cream puff dengan filling yang special di tempah oleh Ustazah Raudah

Ini juga ditempah oleh ustazah Raudah. Ustazah memang suka cream puff.


Carrot Walnut Cake ditempah oleh Zalina dari Shah Alam. Kebetulan beliau menghadiri kursus di UKM
Mini Cheesetart ditempah oleh Munirah untuk majlis kenduri.

Donut ditempah oleh Suraya untuk jamuan bersama murid2nya.

Dua kotak donut yang ditempah oleh Suraya.

Carraot Walnut Cake dengan topping cheese ditempah oleh Yati dari An Nur

Chocolate Oreo Brownies untuk birthday 'Amirah yang ke 9 tahun. 'Amirah bawa ke sekolah Tahfiz Ummah

Fruit tartlet size besar ditempah oleh Nazri.

Cheesetart ini pun ditempah oleh Nazri

Nazri juga menempah puding jelly untuk malis kenduri.

Tuesday, 1 May 2012

TEMPAHAN

Assalamualaikum semua. Lama sangat tak upload gambar tempahan. Asyik bagi laluan pada gambar kelas aje. Oklah hari ini saya uploadkan gambar-gambar tempahan.
Red Velvet tempahan dari Jah

Carrot Walnut cake dengan topping cheese tempahan dari Nadia dan Izzati

Kek ice cream tempahan dari Norlida

Kek buah kukus tempahan oleh Zaini

Red Velvet cup cake tempahan ole Suri

Kek Buah Kukus tempahan dari Norlida yang order kek Ice cream sebelum ini.

Red Velvet Cake tempahan Fatihah dari UKM

Chocolate Banana Cake tempahan dari Faezah


Cheesetart tempahan dari Lily

Cheesetart ini juga dari Lily

Blueberry Marble Cheese brownies tempahan oleh Aini

Kek buah bakar tempahan oleh Ros

Apple pie tempahan oleh Ros

Cream Puff tempahan oleh cikgu Rosni

Cikgu Rosni tempah 2 kotak cream puff


Kak Kausar menempah black Forest Cake untuk birthday anaknya. Kek ini beratnya melebihi 2 kg.