Showing posts with label Biskut Raya. Show all posts
Showing posts with label Biskut Raya. Show all posts

Tuesday, 28 August 2012

TEMPAHAN KUIH RAYA 2012

Assalamualaikum semua. Rasanya tidak terlewat untuk saya mengucapkan Selamat Hari Raya dan maaf zahir dan batin buat semua pengunjug blog ini.

Walaupun Aidilfitri telah sepuluh hari berlalu namun kepenatan membuat kuih raya masa Ramadhan yang lalu masih terasa. Alhamdulillah tempahan kuih raya tahun ini kian meningkat berbanding tahun2 yang lepas. Lebih 400 balang terpaksa disiapkan. Itupun banyak tempahan yang terpaksa saya tolak kerana takut tak mampu disiapkan. Walaupun hanya 400 balang , pengusaha kecil seperti saya ini terasa susah nak menyiapkan dengan kelengkapan peralatan yang serba kekurangan. Tahun depan saya kena tambah mesin, tambah oven dan pekerja...Insya Allah.

Dikesempatan ini saya nak mengucapkan ribuan terima kasih kepada agen-agen saya iaitu Nana, Azu, Farhana, Kak Amee, cikgu Rosni, Cikgu Lyn, Harnidah , Norbaini dan Hafizah yang sudi membantu mengedarkan kuih2 saya. Tidak lupa juga pada kawan-kawan dan anak buah yang sudi membantu saya menyiapkan kuih raya. Mereka ialah Suhaila, Hafizah, Ros, Iza dan Hanis. Jangan serik ya nak tolong saya lagi. Jasa kalian akan saya kenang sampai bila2.

Jom layan gambar2 kuih yang sempat saya rakamkan.

Cookies yang sedia diambil oleh agen

Nestum delight dan chocolate oats crisp

Chocky rice, almond london, chocolate chip cookies dan chocolate oats crisp.

Green Pea Cookies. Masa sample diedarkan cookies ini dalam bentuk love. Masa buat kena ubah bentuk kerana tak cukup mesin. Bentuk aje berubah, rasa tetap sama.

Setiap tahun tart nenas menjuarai carta tempahan. Kuantiti paling banyak ditempah.
Tahun ini 130 bekas

Tart nenas dan suji badam.

Green Pea dan popia simpul

Tart nenas, suji badam, chocky rice dan chocolate cornflakes

Monday, 23 July 2012

BISKUT RAYA 2012

Assalamualaikum.

Seperti tahun-tahun yang lepas saya menjual biskut raya. Diam tak diam telah 12 tahun saya menjual biskut raya dari zaman tak ada fotopages dan blog lagi. Mula berniaga masa kerja di Hitachi lagi. Hai mengimbau kenangan lama pula saya ni. Biskut raya tahun ni seperti tahun lepas juga cuma ada dua biskut baru iaitu green pea cookies dan chocholate chip cookies.

Tart Nenas Gulung RM22 unuk 50 biji

Suji Badam RM20 untuk 50 biji

Nestum Delight RM20 untuk 50 biji

Chocholate cornflakes RM25 untuk 50 biji. Tidak menggunakan cooking chocolate tetapi menggunakan chocolate compound.

Chocky Rice RM25 untuk 50 biji. Tidak menggunakan cooking chocolate tetapi menggunakan chocolate compound.

Chocolate chip cookies dengan gabungan oats, almond  strip, chocolate chip dan parutan dark chocolate compound. RM22 untuk 50 biji



Green Pea Cookies RM20 untuk 50 biji. Berdasarkan pada sample yang diedarkan, biskut ini telah menerima tempahan kedua terbanyak selepas tart nenas. Rasanya manis-manis masin dan gabungan rasa kacang pea itu yang menambat rasa dan memberikan kelainan pada cookies.

Kek Buah Kukus ( kukus 4 jam), size 8" x 8" dan beratnya 1.4kg, RM50 sebiji.

Tarikh Tutup Tempahan ialah 30hb Julai 2012. Sesiapa berminat nak order sila call/sms saya di 0122733214.