Monday 10 December 2012

KELAS DURIAN CREPE 16HB DISEMBER 2012

Assalamualaikum,

Lama sungguh rasanya saya tak menjenguk blog saya. Bukan aje blog, facebook pun lama tak jenguk. Ini semua gara-gara durian crepe. Tempahan durian crepe yang tak putus-putus setiap hari membuatkan saya tak punya masa untuk menjenguk blog dan fb. Saya sungguh bersyukur dengan limpahan rezeki yang Allah kurniakan ini, semoga Allah terus memberikan rezeki yang tak putus-putus kepada saya...aamiiin!

Saya ingin berkongsi ilmu membuat durian crepe yang sungguh sedap kepada orang lain semoga dengan ilmu itu orang lain juga boleh menjana pendapatan bagi menampung kehidupan. Jom join kelas durian crepe! Sebenarnya kelas durian crepe yang dijadualkan pada 8hb Disember tak jadi diadakan kerana ada hal kekeluargaan.  Kelas tersebut telah ditunda ke tarikh berikut:

Kelas : DURIAN CREPE
Tarikh : 16hb Disember 2012 (Ahad)
Masa : 10.00 pagi hingga 1.00 tengahari
Yuran : RM 70.00 seorang
Tempat: 14, Jalan 5C/9, Seksyen 5, Bandar Baru Bangi

Tidak perlu membawa apa-apa semasa menghadiri kelas.
Jamuan ringan disediakan.
Saya memberi peluang kepada para peserta untuk membuat crepe dan membungkus crepe dengan cara yang betul supaya crepe nampak kemas dan gebu.

Tempat terhad! Sila tempah kelas dengan segera untuk mengelakkan anda kecewa.
Untuk memastikan tempat anda memang ada, sila buat pembayaran deposit sebanyak RM 40 ke akaun maybank : 112026647589 atas nama Nor Hayati Ibrahim. Selepas bank in sila sms saya . No hp saya ialah 0122733214.

No comments:

Post a Comment