Sunday 29 April 2012

KELAS BERSAMA ITA DARI DENGKIL

Assalamualaikum,
Hari ini saya nak update kelas-kelas yang dah dijalankan sebelum ini. Gambar kelas dan tempahan dah bertimbun-timbun tak sempat nak upoload kat sini. Sabar menunggu ya....

Kelas ini diadakan pada 22hb April 2012. Ita sedang sibuk menyiapkan red velvet cake

Inilah rupa kek red velvet yang dah siap dihias.

Ita ambil kelas untuk dua biji kek iaitu red velvet dan carrot walnut cake topping dengan cheese.

Kali ini Ita tak gunakan kek yang dia belajar ini untuk celebrate birthday jadi saya potong untuk tunjukkan bahagian dalan red velvet ni.

Inilah rupa slice of red velvet. Kek ini saya tak ambik pun. Saya letak semula pada kek yang besar tu.

Ita berposing dengan dua biji kek yang dibuatnya sebelum red velvet dipotong. Sebenarnya Ita dah banyak kali belajar dengan saya. Yang seronoknya Ita kata," kek-kek yang saya belajar dengan akak ni semuanya sedap-sedap. Saya dah dapat banyak order dan customer pun kata  lebih sedap dari kedai kek yang popular". Alhamdulillah kalau customer berpuas hati. Saya ikhlas mengajar dan apa yang saya ajar ni sama dengan apa yang saya jual. Insya Allah saya akan kongsikan apa2 ilmu yang saya ada. Semoga kita boleh sama-sama mencari rezeki Allah.

No comments:

Post a Comment