Thursday 2 February 2012

JADUAL KELAS BULAN FEBRUARI 2012

Assalamualaikum semua teman-teman yang berkunjung ke sini.

Bulan ini juga saya terlewat mengeluarkan jadual kelas. Kali ini saya letakkan jadual bulan Feb kat ruangan ini. Besar sikit ruangannya senang nak explain.

Kelas Demo Brownies .  Tiga jenis brownies:
1.  Blueberry Marbled Cheese Brownies
2.  Chocholate Oreo Brownies
3.  Chocholate Walnut Brownies

Tarikh: 6hb Feb 2012
Masa  : 10 pagi hingga 2 ptg
Yuran : RM 180 seorang
Bilangan peserta : Max 6 orang dalam 1 kelas


Blueberry marbled cheese brownies

Chocolate Oreo Brownies

Gambar chocolate walnut brownies saya akan update kemudian, Insya Allah


Kelas hands on Swiss Roll dan Triffle. Dua jenis swiss roll yang diajar:
1. Swiss Roll Batik
2. Swiss Roll Strawberry

Tarikh: 7hb Feb 2012
Masa  : 10.00 pagi hingga 2 petang
Yuran : RM130 seorang
Bilangan peserta : Max 2 orang peserta sahaja.
Perhatian: Setiap peserta akan membawa pulang 2 biji swiss roll batik, 1 biji swiss roll strawberry dan 1 bekas triffle.

Swiss Roll dan Triffle



 Kelas Hands on Kek Kontinental. KelasTerbaru di Damira Bakery.  Dua  jenis kek yang akan dipelajari iaitu:
1. Chocolate Banana Cake (ala SR)
2. Strawberry Mousse Cake

Tarikh: 12hb Feb 2012
Masa  : 10.00 pagi hingga 4.00 petang
Yuran: RM 250 seorang
Bilangan Peserta: Max 2 orang peserta.
Perhatian: Setiap peserta akan membawa balik 2 biji kek bersize 8"

Gambar2 kek akan diupload kemudian

13hb-17hb - OPEN CLASS. (Hari Isnin dan Rabu kelas akan bermula pukul 2.00 petang)
OPEN CLASS bermakna peserta bebas memilih subjek apa yang hendak dipelajari. Minimum 2 jenis kek.
OPEN CLASS dikendalikan secara hands on sepenuhnya. Sekiranya ada peserta lain yang ingin belajar perkara sama seperti peserta pertama, ianya dibolehkan.
Maximum hanya 2 orang sahaja untuk OPEN CLASS.

Kelas Aneka Tart dan Pie.  Lima jenis tart dan pie yang diajar iaitu:
1. Cheesetart
2. Fruit tartlet
3. Tart Coklat Badam
4. Tart Telur
5. Apple pie

Tarikh : 18hb Feb 2012
Masa: 9.30 pagi hingga 5 petang
Yuran: RM150 seorang
Bilangan Peserta: Maximum 6 orang


Kelas telah ditempah oleh :
-Ita dari Dengkil
-5 kekosongan lagi

Kelas Demo Kek Buah untuk Door Gift. Peserta akan diajar cara-cara mengadun dan membakar kek. Peserta juga diajar cara-cara memotong, membalut kek dan packing ke dalam kotak.

Tarikh: 19hb Feb 2012
Masa  : 10pagi hingga 1petang.
Yuran  : RM100 seorang
Bilangan peserta: Maximum 4 orang sahaja.


Kek buah yang belum dipotong lagi.


Kek Buah yang telah dipotong dan di isi ke dalam kotak.

Kelas telah ditempah oleh:
- Zura dari Sg Buloh
- masih ada 3 kekosongan


20hb-24hb - OPEN CLASS. (Hari Isnin dan Rabu kelas akan bermula pukul 2.00 petang)
OPEN CLASS bermakna peserta bebas memilih subjek apa yang hendak dipelajari. Minimum 2 jenis kek.
OPEN CLASS dikendalikan secara hands on sepenuhnya. Sekiranya ada peserta lain yang ingin belajar perkara sama seperti peserta pertama, ianya dibolehkan.
Maximum hanya 2 orang sahaja untuk OPEN CLASS.

Kelas Kek Kontinental separa hands on..  Kek yang akan dipelajari ialah:
1. Kek Red Velvet
2. Tiramisu
3. Kek Ice Cream.

Separa hands on di sini bermaksud, sekiranya ada 3 orang peserta, 2 set kek untuk setiap jenis kek telah disediakan oleh saya.Di dalam kelas hanya sebiji kek untuk setiap jenis kek akan ditunjuk ajar cara mengadun hingga siap dibakar. Ini adalah untuk menjimatkan masa. Setiap peserta akan mendapat 3 biji kek bersize 8"  yang perlu disiapkan untuk dibawa balik. Proses penyiapan kek ini adalah sepenuhnya hands on.

Tarikh: 25hb Feb 2012
Masa : 10.00 pagi - 5.00 petang
Yuran: RM300.00
Bilangan Peserta: Maximum 3 orang sahaja


Red Velvet- Kek jenis butter dilapisi (4 lapis)  dan disaluti dengan cheese


Tiramisu - kek jenis chocolate sponge yang gebu dan lembut dilapisi dengan cheese dan aroma kopi tapi cheesenya tidaklah heavy seperti red velvet.

Kek Ice Cream- keknya chiffon cake yang gebu. Icecreamnya pula ice cream yang di buat sendiri disaluti dengan fresh cream . Ada beberap flavor yang boleh dipilih iaitu coffee, chocolate, vanila, strawberry, raspberry dan markisa.

Kelas telah ditempah oleh:
- Kak Zaliha dari Muar
- masih ada 2 kekosongan


Kelas Donut. Donut yang di ajar ialah donut :
1. Donut gula
2.Donut coklat
3. Donut dengan filling strawberry dan blueberry
4. Donut ball berinti kaya dan kacang merah
5. Donut sosej.

Tarikh: 26hb Feb 2012
Masa : 10.00 pagi hingga 2.00 petang
Yuran: RM100 seorang
Bilangan Peserta: Maximum 4 orang sahaja.
Perhatian: Kelas ini akan menunjuk ajar cara-cara membancuh dan menguli donut sehingga mendapat gonut yang gebu dan lembut. Kelembutan donut boleh bertahan selama 2 hari.


Aneka Donut

Donut ball dan donut sosej


27hb 29hb.  OPEN CLASS. (Hari Isnin dan Rabu kelas akan bermula pukul 2.00 petang)
OPEN CLASS bermakna peserta bebas memilih subjek apa yang hendak dipelajari. Minimum 2 jenis kek.
OPEN CLASS dikendalikan secara hands on sepenuhnya. Sekiranya ada peserta lain yang ingin belajar perkara sama seperti peserta pertama, ianya dibolehkan.
Maximum hanya 2 orang sahaja untuk OPEN CLASS.








No comments:

Post a Comment