Wednesday, 14 August 2013

TART NENAS GULUNG

Assalamualaikum,

Lama sungguh saya tak bersiaran. Kesibukan yang melanda sebelum Ramadhan dan sepanjang Ramadhan betul-betul membataskan saya dari mengadap laptop. Punyalah sibuk sampai tak sempat nak promote jualan biskut raya di blog dan facebook. Alhamdulillah walaupun tak promote langsung biskut raya di kedua-dua medium saya dengan dibantu oleh dua orang pembantu tetap tak menang tangan menyiapkan tempahan. Tahun ini saya hanya membuat 4 jenis cookies dan tempahan paling banyak ialah tart nenas gulung. Tempahan tart nenas meningkat lebih dari seratus peratus berbanding dari tahun lepas sampaikan 2 kuali besar inti nenas yang saya dah buat sebelum ramadhan tak mencukupi dan terpaksa memasak inti lagi dalam bulan Ramadhan. Masak kali kedua juga tak mencukupi akhirnya saya terpaksa juga membeli 10 kg  inti dari kedai bakery untuk menyiapkan saki baki tempahan tart nenas. Nak buat inti lagi dah tak sempat, kenalah beli. Minta maaflah pada customer yang mendapat tart nenas dengan inti yang bukan saya buat sendiri. Memang ada beza antara inti yang dibuat sendiri dengan inti yang dibeli. Inti yang dibeli liat kerana dicampur tepung dalam inti itu. Tahun depan saya kena buat inti nenas menggunakan 400 ke 500 biji nenas. Insya Allah kalau masih sihat dan bertenaga lagi. Ramai yang feedback tart nenas saya sedap. Tak sama dengan yang lain. Mungkin sebab saya menggunakan butter 100% dan menggunakan inti yang dibuat sendiri.

Masih tidak terlewat lagi rasanya untuk saya mengucapkan salam Aidil Fitri untuk semua yang mengunjungi blog ini. Maaf Zahir dan Batin.

Gambar-gambar dibawah adalah gambar dari tahun lepas yang tak sempat saya upload. Tahun ini saya tak ambik gambar inti tart nenas dan biskut raya langsung. Tahun ini saya buat 3 kuali inti nenas + 10kg inti beli.

Nenas

Dah siap buang kulit

Dah siap belah dan dibuang empulurnya. Isi nenas dimesin guna food processor dan empulur nenas dimesin guna blender cili.

Inti yang separuh masak

Inti yang siap dimasak


Proses membuat tart gulung
Gambarnya kecik pula. Tak apalah , layan jelah ya.








Sebelum dibakar


Selepas dibakar


Sebalang ada 50pcs


Sudah seminggu lebih kita beraya, saya sudah mula busy menerima tempahan pelbagai jenis kek, cheese tart, cream puff dan sebagainya untuk jamuan hari raya dan rumah terbuka. Untuk mengelakkan kekecewaan, sila buat tempahan awal untuk majlis anda.

8 comments:

  1. Lama tak dengar berita akak...
    Lega dgr akak sihat dan sibuk dengan tempahan..
    Nampak sedap je tart akak..bolehler tempah utk tahun depan yek...:))

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah, Insya Allah kalau akak buat tahun depan, boleh aje tempah. Tq

    ReplyDelete
  3. salam... saya nani, nak tanya, beli machine tart tu di mana ye?... kos pula berapa?

    ReplyDelete
  4. salam... saya nani, nak tanya, beli machine tart tu di mana ye?... kos pula berapa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam. Akak beli mesin jenama Falcon tu di kedainya sendiri iaitu di Jalan Genting Kelang Setapak. Masa tu kosnya RM700 sekarang RM900. Di Yummie pun ada jual juga.

      Delete
  5. kak, d utara ada ke jual mesin ni?

    ReplyDelete
  6. hari berkata, Akak tsk pastilah kalau kat utara tu. Cuba Google falcon pasta maker atau falcon cookies maker.

    ReplyDelete