Friday 18 May 2012

TEMPAHAN DOORGIFT DAN HARI GURU

Assalamualaikum teman-teman semua.

Syukur Alhamdulillah minggu ini saya yang tiada assistant ni tak menang tangan menyiapkan tempahan untuk hari guru dan juga majlis kenduri. Bila malam aje saya dah keletihan sebab start masuk dapur pukul 4.00 pagi. Orang lain tengah lena di buai mimpi saya dah sibuk nak on kan machine kat dapur.  Nak buat macamana, itulah jalan yang saya pilih. Saya bahagia kerja macam ini. Jom lihat apa yang ditempah.

Puan Nurul dari Bangi Idaman tempah blueberry muffin untuk bawa ke sekolahnya.

Cikgu Rosni tempah blueberry muffin untuk sambutan hari guru

 Blueberry muffin tempahan cikgu Rosni juga.
Close up rupa muffin skit. Sesiapa nak tempah bolehlah roger2 ya.

Ju dari Putrajaya tempah 4 biji kek buah kukus. Gambar kek dua biji je sebab lagi dua biji dah kena potong lupa nak ambik gambar sebelum potong. Ju request kek yang bersize 8" x 8" itu dipotong kecil-kecil dan masukkan dalam plastik.

Sebiji kek dipotong kepada 36pcs. Sedang2 aje. Tak nipis dan tak tebal. Untuk majlis kenduri dan akan dimasukkan dalam goodies bag.

Ini bukan sample kuih raya ya. Ini ialah coklat chip cookies yang ditempah oleh Suraya untuk anaknya beri pada cikgu sempena hari Guru.


Chocolate chip cookies dan suji badam juga ditempah suraya sempena hari guru.



Chocolate cheese brownies juga untuk anak Suraya bawa ke sekolah sempena Hari Guru.


Red Velvet Cake tempahan cikgu Rosni sempena Hari Guru.


Carrot walnut cake dengan topping cheese tempahan cikgu Rosni sempena Hari Guru. Memang banyak yang ditempah oleh cikgu Rosni sempena hari Guru. Terima kasih Cikgu atas sokongan yang diberi.

No comments:

Post a Comment