Monday 7 May 2012

KEK FONDANT - HANTARAN PERTUNANGAN

Assalamualaikum semua,

Hari Khamis dan Jumaat lepas sibuk menyiapkan kek fondant tempahan kak Zaruna. Ini second time kak Zaruna tempah kek fondant untuk pertunangan anak terunanya. Kali ini kak Zaruna nak bunga lily dan siap bagi contoh design yang dikehendaki dengan tema warna turqoise. Selalunya beli aje bunga ros tapi kali ini customer nak bunga yang tak ada dijual kat kedai bakery. Terpaksalah saya buat sendiri bunga tu tapi nampak kaku sikit. Maklumlah first time buat bunga sendiri( dari membancuh gumpaste sehinggalah membuat bunga)


Kek yang digunakan untuk kek fondant ini ialah Cranberry Butter Cake

 Ini bahagian bawah kek. Kek ini sungguh sedap, lembut,  moist dan bila tergigit buah cranberry tu ada rasa masam2 manis.

Bunga dan lipatan kain tu first time buat. Saya nampak bunga tu kaku sikit .


Kek ini bersize 8"


No comments:

Post a Comment