Monday 2 April 2012

KELAS COKLAT HOMEMADE BERSAMA YUSHELIZA DAN LATIPAH

Assalamualaikum rakan2 semua.

Alhamdulillah dapat sekali lagi saya update blog saya ni . Hampir 2 minggu computer saya rosak. Hang bila nak start. Rupa2nya hard disc rosak. Habis semua gambar2 kek dan resepi2 saya. Separuh memang saya sempat buat back up copy separuh lagi tu tak sempat nak buat back up. Harap2 hard disc yang dah rosak tu masih bole retrieve data2 yang saya simpan. Tak sempat lagi nak bawa gi kedai komputer.
Oklah sekali lagi saya memberi laluan kepada kelas2 yang telah dijalankan. Gambar2 tempahan memang berderet2 menunggu. Insya Allah dalam masa terdekat gambar tempahan pula ya.

Kelas Homemade Coklat 24hb Mac 2012




Kelas pada 24hb Mac 2012 dihadiri oleh Yusheliza dari Kajang dan Latifah dari Putrajaya. Mereka berdua rakan sepejabat. Kelas ini menggunakan dua jenis coklat iaitu coklat couverture dan coklat compound.

Coklat  Oreo dengan menggunakan teknik edible image, transfer sheet dan mewarna.



Coklat oreo dan coklat paraline dengan teknik marble

Coklat bar yang kecik ialah coklat crispy manakala coklat bar yang besar ialah coklat bar dengan kekacang hazelnut dan almond dan ditaburi kepingan wafer yang crispy.

Coklat bar dan chocolate truffle perisa strawberry


Lollychoc yang memerlukan ketelitian dan kesabaran.

Lollychoc yang dihasilkan oleh Latifah

Chocolate box dan coklat couverture yang dihias huruf2.

Coklat paraline dengan teknik marble

 Coklat-coklat yang dihasilkan oleh mereka berdua. Seorang dari kelas ni memang suka makan coklat tapi yang seorang lagi tu tak suka sangat coklat tapi datang belajar sebab nanti boleh buat coklat untuk penuhi masa terluang semasa cuti bersalin nanti. Sekarang beliau sedang hamil 8 bulan. Itu dia , betapa bersemangatnya Yus dan Latipah belajar buat coklat.

No comments:

Post a Comment