Sunday 18 March 2012

KELAS BERSAMA MASNIZA, AZIE DAN LIZA

Assalamualaikum,

Kelas pada 18hb dihadiri oleh Masniza dan Azie dari Banting dan Liza dari PD. Kelas demo Cheesecake iaitu baked strawberry cheesecake, Chilled Toffee Caramel Cheesecake dan Japanese Souffle cheesecake. Japanese Soufle Cheesecake tu tak dapat nak tunjukkan gambarnya sebab dah terpecah masa nak keluarkan kek dari loyang. Rupa2nya kek tu tak masak lagi kat tengahnya, tu yang pecah tu. Rasa bersalah pada mereka tapi lega bila mereka kata tak pa kak yang pentingnya dah tahu teknik dan cara membuatnya. Itulah pengajaran buat saya.

Chilled Toffee Caramel Cheesecake

Baked Strawberry Cheesecake

Masing2 membawa balik 1/3 kek kerana ini kelas demo. Beginilah rupanya bahagian dalam cheesecake tu.

Liza, Masniza dan Azie dengan kek2 yang belum dibahagikan lagi

No comments:

Post a Comment