Saturday 21 April 2012

KEK -KEK TERBARU DI DAMIRA BAKERY

Saya dengan sukacitanya ingin memperkenalkan 2 jenis kek yang sebelum ini saya tak pernah jual atau tunjukkan di sini. Yang pasti ada beberapa lagi jenis kek baru yang akan diperkenalkan oleh Damira Bakery tak lama lagi...tungguuuu!
Untuk kali ini saya akan perkenalkan Pandan Layer Cake dan Chiffon Cheesecake. Kedua-dua kek ini dibuka untuk tempahan dan kelas.

Pandan chffon cake yang akan digunakan untuk pandan layer cake baru sahaja keluar dari oven

Inilah rupanya pandan chiffon cake setelah dikeluarkan dari loyang. Sungguh gebu dan aroma pandannya menyebabkan saya rasa tak sabar nak potong kek ini.

Inilah rupanya pandan layer cake yang telah siap di deko. Saya menggunakan kelapa kering Hawai untuk mendeko.

Inilah rupa pandan layer cake yang telah dipotong. Pandan chiffon cake dilapiskan dengan puding pandan.

  Kek yang gebu dan lembut dengan aroma pandan sungguh menyelerakan.


Ini pula Chiffon cheesecake yang baru keluar dari oven


Chiffon cheesecake baru keluar dari loyang

Potongan chiffon cheesecake yang sungguh  halus, gebu, lembut dan sedap.
Chiffon cheesecake yang tak berapa manis ini membuatkan saya sukar berhenti  mengunyah.

No comments:

Post a Comment