Wednesday 22 February 2012

KELAS-KELAS HUJUNG MINGGU LEPAS

Assalamualaikum semua. Rasa lama juga tak bersiaran. Tenggelam timbul aje saya ni. Selain dari internet yang selalu buat hal, kesibukan yang melanda dan kesihatan yang sedikit terganggu antara sebab lama tak update.

Alhamdulillah, pada hari Sabtu lepas dapat juga saya mengadakan kelas Aneka Tart Dan Pie. Lama juga saya tak adakan kelas ini. Kelas ini sepatutnya dihadiri oleh 3 orang tapi disaat akhir 2 orang saja yang muncul. Salah saya juga sebab tak minta deposit. Terkilan juga rasa dihati sebab orang yang sepatutnya hadir itu tak menjawab telefon dan sms. Apalah salahnya maklumkan pada saya, "kak saya tak jadi join kelas akak". Saya tak akan marah. Itu hak anda. Jadi taklah kami buang masa tunggu anda datang kelas. Harap pada masa akan datang tak ada lagi student yang buat macam ni. Maaf terluah perasaanlah pula!

Jom layan gambar kelas tart.

Ita dari Dengkil dan Mimi dari Seremban telah menghadiri kelas tart dan pie.
Masa proses buat shell lupa pula nak ambil gambar. Dah hampir siap baru teringat nak ambil gambar.
Ita tengah menghias tart coklat.


Mimi pula sedang menghias tart coklat badam. Mimi kata, " kak saya ni zero basic". Tak apa, saya tunjuk ajar dari membancuh doh hingga selesai semua process. Mereka juga berpeluang menguli doh dan menggentel shell, part yang paling mencabar. Insya Allah , lepas kelas boleh buat sendiri kat rumah.

Sedang meletakkan buah kiwi, peach dan angguur di atas custard.

Inilah dia hasil yang telah siap. Tart coklat badam, apple pie, tart telur, cheese tart dan fruit tartlet.

Ita dan Mimi bergambar dengan hasil tangan mereka yang belum dibahagikan lagi.


Pada 19hb pula saya bersama Zura dari Sg. Buloh dalam kelas kek buah door gift. Kelas ini taklah lama dari 10.00 pagi hingga lebih kurang 12.45 tengahari. Zura ni peramah orangnya. Seronok berbual dengannya sampai terlupa nak ambil gambar. Selepas Zura dah balik baru saya teringat tak ambil gambarnya langsung. Saya call Zura minta dia tolong ambilkan gambar kek bersamanya bila sampai rumah nanti. Inilah gambar kiriman dari Zura. Gambar Zura tak ada, hanya gambar kek saja.



Semasa saya follow up Zura pasal gambar ni, Zura sms. Katanya, "kek tu memang sedap. Moist betul. Puas hati". Alhamdulillah kalau Zura puas hati belajar kek buah ni. Semoga Zura dapat manfaatkan apa yang dipelajari untuk menambah rezeki.

No comments:

Post a Comment