Monday, 23 January 2012

Kelas Bersama Hasniza Lagi

Lepas habis kelas kek Kontinental hari itu, Hasniza ada menyatakan hasratnya nak belajar donut dan kek buah yang saya biasa buat doorgift . Sebenarnya saya tak pernah offer kelas kek buah sebelum ini. Memandangkan ada yang request maka saya pertimbangkanlah. Maka dengan itu tertunailah hasrat Hasniza pada 22hb Jan 2012.


Kek buah versi bakar. Sebahagian dari kek telah dipotong untuk tunjukkan kotak-kotak yang biasa digunakan untuk door gift.


Donut coklat bentuk bulat dan empat segi dihiasi dengan kepingan badam dan coklat putih.

Donut gula dan donut dengan filling strawberry dan blueberry.

Donut sosej serta donut ball dengan inti kacang merah dan kaya.


Hasniza dengan donut-donutnya dan kek buah.

No comments:

Post a Comment