Tuesday 29 November 2011

TEMPAHAN UNTUK SUNATHON AMAL

Bila tiba musim cuti sekolah ramailah anak2 yang dikhatankan. Seperti tahun-tahun sebelum ni, Hospital Pakar An-Nur dengan kerjasama Lembaga Zakat Selangor , Ikram,  komuniti Bangi dan Kajang telah mengadakan sunathon amal pada 27hb Nov 2011 di Masjid Sg Kantan. Ini merupakan tahun kedua mereka menempah kek dengan saya. Kek ini adalah untuk disumbangkan kepada para petugas dan sukarelawan yang terlibat dalam majlis Sunathon Amal ini.

Label yang disediakan oleh pihak penganjur.

 Sebahagian dari cmc dan carrot walnut cake yang ditempah.

67 biji carrot walnut dan 33 biji cmc menjadikan semuanya 100biji ditempah untuk majlis ini. Terima kasih pada pihak penganjur kerana sekali lagi sudi melibatkan Damira Bakery dalam majlis sunathaon amal.

1 comment: