Tuesday 29 November 2011

OPEN CLASS BERSAMA MASTURA

Pada 28hb Nov 2011, Mastura dari Puchong telah menghadiri Open Class. Beliau memilih untuk belajar swiss roll + triffle, kek ice cream dan kelas donut. Kelas bermula pukul 10.00pagi hingga 6.45 petang.
Mastura tidak mahu gambarnya dirakamkan atas sebab-sebab tertentu. Saya hormati permintaanya.

Donut yang gebu dengan pelbagai filling.




Donut sosej, donut ball dengan inti kaya, kacang merah dan coklat. Sambil menggoreng Mastura rasa donut yang baru diangkat. Sedapnya kak! lembut betul! Itulah feedback dari Mastura. Selepas sehari Mastura feedback yang donut tu masih lembut. Sebenarnya donut saya tu sehingga dua hari ianya masih lembut.

 Swiss Roll vanila bercorak batik dan swiss roll strawberry. Mastura dah confident menggulung swiss roll.

Inilah hasil yang dibuat oleh Mastura. Pasti anak-anak mastura gembira kerana anak-anaknya suka makan. Kerana anak-anaklah juga Mastura pergi menuntut ilmu. Dalam pukul 8.00 malam Mastura sms untuk maklumkan dia dah selamat sampai ke rumah. Sedang menikmat kek Ice cream. Kek itu sedap kak! Itu Mastura yang cakap ya bukan saya.

No comments:

Post a Comment