Tuesday 28 August 2012

TEMPAHAN KUIH RAYA 2012

Assalamualaikum semua. Rasanya tidak terlewat untuk saya mengucapkan Selamat Hari Raya dan maaf zahir dan batin buat semua pengunjug blog ini.

Walaupun Aidilfitri telah sepuluh hari berlalu namun kepenatan membuat kuih raya masa Ramadhan yang lalu masih terasa. Alhamdulillah tempahan kuih raya tahun ini kian meningkat berbanding tahun2 yang lepas. Lebih 400 balang terpaksa disiapkan. Itupun banyak tempahan yang terpaksa saya tolak kerana takut tak mampu disiapkan. Walaupun hanya 400 balang , pengusaha kecil seperti saya ini terasa susah nak menyiapkan dengan kelengkapan peralatan yang serba kekurangan. Tahun depan saya kena tambah mesin, tambah oven dan pekerja...Insya Allah.

Dikesempatan ini saya nak mengucapkan ribuan terima kasih kepada agen-agen saya iaitu Nana, Azu, Farhana, Kak Amee, cikgu Rosni, Cikgu Lyn, Harnidah , Norbaini dan Hafizah yang sudi membantu mengedarkan kuih2 saya. Tidak lupa juga pada kawan-kawan dan anak buah yang sudi membantu saya menyiapkan kuih raya. Mereka ialah Suhaila, Hafizah, Ros, Iza dan Hanis. Jangan serik ya nak tolong saya lagi. Jasa kalian akan saya kenang sampai bila2.

Jom layan gambar2 kuih yang sempat saya rakamkan.

Cookies yang sedia diambil oleh agen

Nestum delight dan chocolate oats crisp

Chocky rice, almond london, chocolate chip cookies dan chocolate oats crisp.

Green Pea Cookies. Masa sample diedarkan cookies ini dalam bentuk love. Masa buat kena ubah bentuk kerana tak cukup mesin. Bentuk aje berubah, rasa tetap sama.

Setiap tahun tart nenas menjuarai carta tempahan. Kuantiti paling banyak ditempah.
Tahun ini 130 bekas

Tart nenas dan suji badam.

Green Pea dan popia simpul

Tart nenas, suji badam, chocky rice dan chocolate cornflakes

No comments:

Post a Comment