Sunday 9 February 2014

CERITA DARI DAMIRA BAKERY

Assalamualaikum Semua.

Apa khabar? Saya rasa ada juga yang rajin buka blog saya ni tapi hampa sebab dah lama tak berupdate. Hidup lagi ke Damira Bakery ini? Alhamdulillah, Damira Bakery masih beroperasi macam biasa dan kadangkala tak menang tangan nak menyiapkan semua tempahan. Saya bersyukur dengan rezeki yang Allah limpahkan kerana produk2 saya makin meluas penerimaannya. Yang paling saya suka ialah recommendation atau iklan dari mulut ke mulut. Ramai yang feedback puas hati dengan produk2 saya dari segi presentation dan juga rasa. Sekiranya ada yang rasa produk saya tidak memuaskan sila jangan malu untuk feedback. Saya terbuka menerima teguran atau komen demi meningkatkan lagi mutu produk saya.

Saya sedih sebenarnya kerana gambar-gambar tempahan dari bulan Julai 2013 hingga December 2013 yang saya save dalam laptop tak dapat diselamatkan kerana hard disk rosak. Gambar2 tu pula tak sempat lagi update dalam blog. Huhu nak menangis rasanya. Itulah, lain kali jangan peram gambar lama2!!!

Ramai juga yang bertanya, Akak dah tak buat kelas lagi ke? Bila jadual nak keluar? Untuk pengetahuan semua, buat sementara ini kelas terpaksa ditangguhkan kerana dapur saya tengah diubahsuai. Dari akhir December hingga sekarang baru 60 ke 70% siap. Faham2 ajelah kalau ubahsuai dapur tu, semua barang kat area dapur tu terpaksa dipindahkan ke ruang tamu. Huhu memang tak ada ruang untuk kelas. Tempahan saya masih terima lagi cuma masa operasi memecahkan dapur hari tu, saya stop seminggu kerana takut berhabuk.Kini saya terima tempahan semula. Harap2 kerja2 ubahsuai dapur ini siap akhir bulan Feb 2014. In shaa Allah dalam masa terdekat saya akan keluarkan jadual kelas bulan Mac 2014.

1 comment:

  1. Hasil tangan akak mmg terbaik.. mmg akan nak order lagi...lagi dan lagi.. ��

    ReplyDelete