Monday 27 May 2013

LAGI KEK TERBARU DI DAMIRA BAKERY

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, dalam kesibukan mencari rezeki, saya sempat pergi belajar 5 jenis lagi kek kontinental yang sedap-sedap. Saya paparkan gambar-gambarnya sambil menerangkan bagaimana rasa kek itu serba sedikit ya. Kek-kek ini semuanya bersize 9" .

Kek Durian Musang King

Kek Durian Musang King yang telah dipotong.

Sepotong kek durian musang king. Bagi penggemar durian, pasti rugi jika tidak menikmatinya. Kek ini sungguh enak dengan rasa dan aroma durianya. Filling dan toppingnya adalah sama. Ianya bukan buttercream tetap fresh cream yang diadun bersama dengan isi durian.

 
Kek Orange Tropicana

 
Tak dapat bayangkan bagaimana rasa gabungan orange dan coklat? Pernah makan coklat wafer zip perasa orange. Sedapkan rasa coklat zip orange tu? Filling dan topping adalah sama iaitu gabungan fresh cream dan orange filling. Setiap layer disapukan coklat ganache yang sedap dan ditaburkan dengan isi orange

Slice of Orange Tropicana Cake

Coffee Nut Cake

Di mana coffee nya dan di mana nut nya? Keknya ialah kek coffee dan fillingnya adalah gabungan peanut butter, coffee dan fresh cream.

Kek ini memang sedap sebab saya suka ada rasa lemak-lemak peanut butter.

Kek Chocolate Mousse Magik

Apa yang magicnya? Magic disini merujuk kepada penyediaan chocolate mousse yang simple tapi sedap! Bila kita makan kek ini akan ada terasa kunyahan kepingan chocolate diantara setiap layer.
 

Sedap dimakan sejuk. Sebenarnya semua jenis kek kontinental memang sedap dimakan bila ianya sejuk.

Kek Nangka Mastura Jambu

Siapa Mastura pada nama kek ni? Sebenarnya, Mastura adalah nama nangka yang tersedap. Cuba google!

Mesti ramai yang tak pernah tahu nangka boleh buat kek. Macamana rasanya? Bagi yang ingin mencari kelainan, apa salahnya sesekali mencuba kek nangka mastura jambu. Isi nangka madu dikisar halus dan diadun bersama fresh cream. Isi nangka dipotong dadu dan ditabur disetiap layer cake. Rasa dan aroma nangka memang ada.


No comments:

Post a Comment