Monday 22 October 2012

PERSONAL CLASS DENGAN KAK SABARIAH

Assalamualaikum teman-teman.
Hari ini saya nak update tentang personal class dengan kak Sabariah dari Cameron Highland. Kak Sabariah lebih mesra dengan panggilan kak Yah ni memang rajin pergi belajar. Banyak tempat dah beliau pergi menuntut ilmu walaupun adakalanya perkara yang dipelajarinya telah dipelajari beberapa kali dari guru yang berbeza. Selagi tak mendapat hasil seperti yang dihajati selagi itulah kak Yah tak jemu pergi belajar. Mendengar cerita kak Yah itu membuat saya sedikit gusar kalau-kalau hasil dari kelas ini tidak seperti yang kak Yah hajati.

Kak Yah minta personal class diadakan untuknya pada 12hb Oct. Beliau pilih untuk belajar carrot walnut cake, blueberry marble cheese brownies, kek buah kukus, cream puff dan tradisional sponge cake.


 
Carrot walnut cake, kek buah kukus, blueberry marble cheese brownies dan traditional sponge cake.
Kak Yah  minta potongkan siap-siap kek itu sebab senang nanti nak bagi anaknya yang tinggal di balakong kalau tak silap saya.
 
Pada mulanya traditional sponge cake ini tak masuk dalam senarai masa daftar nak belajar ngan saya. Sepatutnya 4 jenis aje tapi masa dalam kelas kak Yah minta saya ajar tradisional sponge cake pula. Katanya sebelum ni asyik di ajar sponge cake yang guna sponge mix. Kak Yah tak suka guna sponge mix sebab kering katanya. Disebabkan 4 jenis tu habis agak awal dan sempat untuk buat sebiji sponge cake maka saya pun tunaikanlah permintaan kak Yah. Kak Yah gembira tengok kek spongenya menjadi , tidak kecut, gebu, moist dan lembut. Alhamdulillah saya bersyukur dapat menggembirakan kak Yah.

Inilah kesemua hasil yang dibuat kak Yah dalam kelas. Eclairs tu kak Yah tak mahu isi filling kerana suka makan kosong dan nak bagi cucunya yang masih kecil untuk buat kudap-kudapan. Disebabkan tak ada filling maka tidaklah dicelup coklat.

Kak Yah gembira dengan hasil yang dipelajari. Terima feedback dari Kak Yah yang dia puas hati sangat dengan kek-kek yang dipelajari. Semuanya sedap dan anak-anaknya amat menggemarinya. Sekali lagi saya bersyukur kerana kak Yah berpuas hati dengan apa yang dipelajari. Kak Yah nak kumpul duit lagi untuk belajar lagi dengan saya. Insya Allah.. Terima kasih kak atas sokongan yang diberi.

No comments:

Post a Comment