Wednesday 3 October 2012

GAMBAR-GAMBAR KELAS

Assalamualaikum semua,

Lama sungguh saya perapkan gambar-gambar kelas dari sebelum puasa lagi, sampaikan ada yang saya terlupa nama pesertanya. Maaf banyak-banyak atas kelewatan memasukkan gambar2 ini dalam blog. Jom layan!

 
Pada 19hb Jun Rini dari Sri Kembangan ambil kelas hands on untuk 6 subjek dalam sehari iaitu blueberry marble cheese brownies, carrot walnut cake, kek buah bakar, cream puff , eclairs, cheese tart dan donut. Seharian dia belajar. Tujuan belajar ialah untuk berniaga. Alhamdulillah dah banyak yang dijual dan terima banyak tempahan. Semoga Rini terus sukses. Sebelum ini Rini juga telah mengikuti kelas kek kontinental

Cream puff yang dihasilkan. Kurang sebiji sebab Rini dah tak tahan tengok cream puff tu. Dingapnya dulu. Sedap! katanya.

Ini pula eclairs yang dibuat oleh Rini.

 
Kek buah bakar yang moist

Inilah kesemua hasil yang dibuat Rini untuk dibawa balik

 
Kelas hands on pada 27hb Jun dihadiri oleh Liza dari Kelang.
Liza belajar 3 jenis kek iaitu kek buah kukus, red velvet dan russian black n white.
Liza juga belajar untuk memulakan perniagaan.
 
 
  
 
Russian Black n White ini dibuat khas untuk kakak Liza yang sambut anniversary.
 
 
Pada 12hb Julai , Mimi belajar 2 jenis kek secara hands on iaitu carrot walnut cake dan blueberry marble cheese brownies. Sebelum ini mimi dan ibunya telah rasa carrot walnut cake saya. Mereka kata sungguh sedap tu yang Mimi nak sangat belajar carrot walnut cake.

Kelas aneka tart dan pie pada 3hb Julai telah dihadiri oleh Liz dari Bdr Baru Bangi, Wani dari Shah Alam dan yang pakai tudung merah tu saya tak ingat namanya dari Sentul, Kuala Lumpur.
Mereka belajar buat cheesetart, fruit tartlet, tart badam coklat, tart telur dan apple pie.

Apple pie

Blueberry cheesetart

Fruit Tartlet

Tiga bersaudara ini telah mengambil kelas demo carrot walnut cake pada 22hb Sept. Dari kiri ialah Dr. Husna, Zakiah dan Izzah. Dr. Husna dan Zakiah adalah adik beradik manakala Izzah adalah kakak ipar mereka. Saya tak tahu pun mereka ini adik kepada Dr. Faizah yang selalu order carrot walnut cake. Dalam kelas bila mereka bercerita baru saya tahu. Mereka dah rasa carrot walnut cake tu dan feedback mereka sedap dan moist. Cheesenya pun sedap. Itu yang ibu mereka Pn. Fatimah beriya-iya minta kelas carrot walnut cake untuk anak2nya. Sayangnya Pn. Fatimah sendiri tak dapat hadir sama. Terima kasih Pn. Fatimah dan anak-anak atas sokongan yang diberi.

Ita dari Dengkil request kelas hands on pada 23hb Sept. Dia belajar Pandan Layer Cake serta cream puffs dan eclairs

Pandan Layer Cake yang dibuat oleh Ita
 
Ita tekun memaip cream puff

Ita sedang menghias cream puff dengan snow powder

 
Eclairs
 

1 comment:

  1. Assalamualaikum..kelas ni dekat mana ye...brp pakej n bayaranya ye...boleh wasap saya tak di no 0193135158
    Terima kasaih

    ReplyDelete