Monday 9 July 2012

JADUAL KELAS BULAN JULAI 2012

Assalamualaikum semua,

Maaf lama sangat saya tak bersiaran. Bukan tutup kedai tapi sibuk melayan tempahan yang terlalu banyak hingga ada yang saya terpaksa tolak. Syukur pada Allah atas rezeki yang dikurniakan. Tempahan terlalu banyak tapi kudrat saya terbatas. Ada sapa2 nak kerja atau ada anak yang sedang bercuti panjang dan berminat untuk bekerja. Kalau boleh biarlah yang berdekatan Seksyen 5 Bandar Baru Bangi. Kalau ada yang berminat bolehlah call saya .

Maaf juga saya pohon pada yang menunggu jadual bulan Julai. Walaupun saya tak keluarkan jadual tapi ramai yang meminta kelas by call sahaja. Kalau kebetulan saya tak sibuk saya terima aje permintaan mereka.

Ada dua lagi kelas yang akan diadakan sebelum bulan Ramadhan:

12hb July - Kelas Demo Carrot Walnut Cake, Blueberry Marble Cheese Brownies dan Donut (RM180.00).
Kelas dari 9.30 pagi hingga 3.00 ptg.
Tinggal 1 kekosongan sahaja ( max 3 orang dalam 1 kelas).
Kalau berminat sila hubungi saya.

15hb July - Kelas Aneka Tart dan Pie (RM150)
Kelas dari 10.00 pagi hingga 5 petang.
Ada 2 kekosongan lagi ( maximum 4 org dalam 1 kelas)

Saya akan cuba uploadkan gambar2 kelas dan tempahan sedikit masa lagi.

No comments:

Post a Comment