Wednesday 18 January 2012

TEMPAHAN DOOR GIFT - KEK BUAH

Minggu lepas ada dua tempahan kek buah untuk dijadikan door gift.
En. Mahmud sekali lagi membuat tempahan. Hari tu anak buahnya kahwin di Shah Alam. Kali ini majlis kenduri di rumahnya di Ampangan,  Seremban.

100 pcs kek buah bersize 3" x 3" dalam bekas plastik transparent. Baru sempat ikat riben separuh. Lagi separuh ikat dalam kereta masa buat delivery tu. Takut terlambat hantar.

 Kek buah size 3" x 3" + transparent casing + riben  => RM2.40 /pc
Kek buah size 3" x 3" + transparent casing => RM2.10/pc

En. Mahmud juga order 2 kotak mini cheese tart.

 Juga dua kotak fruit tartlet.

Mini fruit tartlet size 4.5 cm => RM 1.00/pc , Min order sekotak 36 pcs.


Kek buah yang ini pula ditempah oleh Nurul dari Dungun, Terengganu. Nurul tempah 200pcs kek buah, 50 pcs cheese tart dan sebiji kek buah kukus. Kek-kek ini semua di bawa balik ke Dungun oleh abangnya yang menetap di Shah Alam. Saya hanya deliver ke Shah Alam sahaja. Gambar tart dan kek buah tak sempat ambil. Yang ni pun rushing juga sebab  pukul 10.00 malam baru siap packing dalam kotak.

Kek Buah size 3" x 3" + silver box => RM2.40/sekotak.

Kepada Nurul  yang majlisnya pada 21hb Jan 2012 , saya ucapkan selamat pengantin baru semoga berbahagia ke akhir hayat.

No comments:

Post a Comment