Wednesday 9 November 2011

JADUAL KELAS BULAN NOVEMBER DAN DISEMBER 2011

Assalamualaikum semua.

Jadual Kelas untuk bulan November dan Disember telah pun keluar. Maaf atas kelewatan. Ada sedikit perubahan dalam bentuk kelas. Kali ini Damira Bakery mengadakan kelas secara demo, hands on dan personal class.

Kelas secara demo bermakna kelas akan mempunyai peserta maksimum seramai 6 orang dan minimum 3 atau 4 orang peserta bergantung pada kelas apa yang diikuti. Hasil kelas akan dibahagi sama rata dengan peserta yang hadir.

Kelas hands on ialah kelas yang dilakukan sendiri oleh peserta. Kelas hands on boleh terdiri daripada minimum  1 orang peserta dan maksimum 3  orang peserta. Semua kek yang dibuat sendiri boleh dibawa balik dan tidak akan berkongsi kek.

Kelas personal ialah one to one basis. Hanya peserta dan pengajar sahaja. Semua kek boleh dibawa balik oleh peserta.

Untuk jadual kelas bulan Nov dan Disember, sila check di sebelah kanan blog ini dalam ruangan jadual kelas.

Sempena cuti sekolah ini beberapa kelas promosi untuk adik-adik , guru -guru dan suri rumah akan diadakan pada hari bekerja. Schedule belum dikeluarkan. Sila semak selalu supaya anda tidak terlepas peluang ini.

Terima kasih.

No comments:

Post a Comment