Tuesday 18 October 2011

PENGHIJRAHAN DARI FOTOPAGES KE BLOGSPOT



Assalamualaikum semua,

Orang lain dah lama berhijrah saya aje baru terkial2 nak berhijrah. Ini pun disebabkan fotopages buat hal. Gambar - gambar tak boleh muncul. Dah seminggu macam tu. Tak boleh jadi terpaksalah berhijrah. Sebenarnya blog ni dah lama kawan tolong createkan. Tapi disebabkan saya ni tak reti nak godek jadi saya tak gunakan. Ini pun beranikan diri godek-godek apa yang keluar kat blog ni. So harap dapatlah bersabar untuk saya mahirkan diri dengan blog dan dapat update entry dengan lancar.
Untuk permulaan ini saya update gambar-gambar kelas yang telah berlangsung pada bulan Oct 2011.
Jom layan!!


Kelas Brownies pada 1hb Oct 2011 telah dihadiri oleh Ayu dari Pantai Dalam. Ini merupakan kelas kedua Ayu dengan saya



Kelas Swiss Roll dan triffle pada 2hb Oct telah dihadiri oleh Liana Roslan dari Bangi. Liana kata macam tak caya dia dah boleh buat Swiss Roll.





Kelas coklat homemade pada 9hb Oct 2011 telah dihadiri oleh Miza. Miza attend kelas ni sebab nak buat coklat goodies masa birthday anaknya nanti. Anak2nya tak sabar suruh ibu mereka pergi belajar buat coklat.




Inilah antara hasil2 coklat yang dibuat oleh Miza. Pasti anaknya tersenyum riang melihatkan coklat yang begitu banyak dibawa balik oleh ibu mereka.



Kelas Kek Kontinental pada 16hb Oct 2011 telah dihadiri oleh Noranisah dari Putrajaya. Belajar 3 jenis cake iaitu:

Kek Tiramisu


Kek Blueberry

Kek Ice Cream

No comments:

Post a Comment